GAGAL!
Dibenci top scorer dan high achiever,sudah lali buat golongan GALUS(gagal/lulus).Bukankah hidup umpama air laut yang pasang dan surut,kita juga mengecapi kejayaan dan menempuhi kegagalan.
Petua Hidup Berani Untuk Gagal
Sekian banyak ayat-ayat cinta Allah dalam Manual Kehidupan Manusia bernama Al-Quran,terselit 1-2 ayat yang menjadi kunci buat kita hidup berani untuk gagal,semudah mengingat ABC...
AWAS!Anda sedang diuji,firman Allah dalam ayat 214 surah Al-Baqarah
Berbaik sangka terhadap Allah,seperti petikan sebahagian ayat 216 surah yang samaAdakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Mensyukuri KegagalanAllah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.
Walaupun kegagalan itu meremukkan hatimu,ketahuilah lebih ramai yang tewas di medan ujian kejayaan berbanding ujian kegagalan.
Ingatlah kepada sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah,dan teruslah hidup berani untuk gagal kerana menyelamatkan kita daripada sifat sombong dan bongkak akibat syok sendiri atas nama sebuah kejayaan.
Yakinlah dengan jaminan Allah dalam surah Al-Insyirah(Alam Nasyrah) ayat 5 dan 6
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.[5]Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan[6]




No comments:
Post a Comment